By: Norhawati Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Feb-2010 16:52 Email | Share | | Bookmark
The Manchester Museum

 
 
 
View all 14 photos...

Dah tak ingat bila gambar ni diambil.
Yang pastinye...tahun lepas hehehe
Weekend outing












Wednesday, 17-Feb-2010 15:31 Email | Share | | Bookmark
Warwick Castle [011109]

 
 
 
View all 51 photos...
sambungan.....hari ke-2











Wednesday, 17-Feb-2010 14:27 Email | Share | | Bookmark
Sea Life Birmingham [311009]

 
 
 
View all 51 photos...
Ni gambar lama. Tahun lepas.
Ibu hadiah percutian ni khas untuk abah...SEBAB birthday abah , 2009

Ni percutian hujung minggu je. Nak cuti selain weekend bahaya ooo...
My supervisor tak suka... [hmmm...xcuti2 la nampaknye ]

Sempena percutian yang tersangat indah ini....kami sempat melawat Sea LIfe and Warwick Castle.

So, enjoy the pics...










Wednesday, 17-Feb-2010 13:53 Email | Share | | Bookmark
Second Year

Salam kembali

Hampir 5 bulan entry fotopages ni tak di update.
Bukan niat untuk menyepikan diri, tapi terhalang oleh tugas-tugas yang lebih dahulu perlu diberi priority.
Apapun..kini kami dah kembali...

Cepat sungguh masa berlalu.
Hari ni genap lah 1 tahun 8 hari kami di bumi Manchester. Berjuang menuntut ilmu. Semoga perjuangan kami ini mendapat keredhaan Allah.

Alhamdulillah, kami dah masuk tahun kedua pengajian. Banyak pengalaman suka duka pengajian telah kami tempuhi..dan kami yakin, hari-hari yang mendatang pasti lebih banyak dugaan yang harus dihadapi. Hanya kepadaNya kami berserah.
Semoga Allah sentiasa membantu kami...Amiin.

Nak ceritakan kepahitan, kepahitan itu lah menjadikan kami lebih matang.
Nak diceritakan kesedihan, kesedihan itulah yang menjadikan kami lebih tabah meneruskan kehidupan.
Jadi rasanya, lebih baik cerita yang indah-indah sahaja, walaupun kadang2 kepahitan dan kesedihan itu jua perlu diluahkan....

Alhamdulillah, Kaiyisah juga tak terkecuali dalam usaha menimba ilmu di perantauan.
Ibu dan abah sungguh bangga denganmu sayang..
Kini kaiyisah sudah mengenal segala huruf, jawi dan rumi, 1 hingga 100. Sudah boleh melakukan operasi penambahan yang mudah... malah sudah mahu belajar membaca. Alhamdulillah.
Kaiyisah juga terlalu memahami kesibukan ibu dan abah.
Kaiyisah tidak banyak ragam, pandai bermain sendiri tatkala ibu dan abah terlalu sibuk.
Kaiyisah tak selalu merengek.
Terlalu mudah mendidik Kaiyisah...Alhamdulillah.
Diusia yang masih kecil, Kaiyisah sudah belajar erti pengorbanan.
Jika mahukan sesuatu yang diluar kemampuan ibu dan abah... ibu atau abah hanya perlu meyatakan "Ianya mahal sayang".
Kaiyisah akan terus memahami.
Tidak perlu diulangi kedua kali....
Ibu dan abah menghargai pengorbananmu sayang, pengorbanan masamu..pengorbanan kesukaanmu dan segalanya...
Semoga Allah sentiasa merahmati Sayang ibu dan abah ini. Amiin.

Masih panjang perjalanan pengajian kami.
Semoga dalam kami mengharungi perjalanan ini, kami mampu mengatasi segala ujian dan halangan serta menikmati setiap kebahagian. Amiin.


Thursday, 24-Sep-2009 07:58 Email | Share | | Bookmark
Syawal 1430H

 
 
 
View all 59 photos...
Syawal kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan.

Alhamdulillah, dalam kesibukan menuntut ilmu, dapat jua ku buat rendang dan sikit juadah buat suami tercinta serta anak tersayang.


Di pagi 1 syawal



Di pagi 2 syawal






Dah penat beraya, bawa kaiyisah naik The wheel of Manchester plak.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net